REJAB bulan ketujuh dalam kalendar
Islam muncul lagi. Rejab yang bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan,
kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkanrahmat-Nya dan kemurahan-Nya adalah
bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kepada
orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada
tangan tentera Salib dan ada berpendapat bulan inilah berlakunya peristiwa
Israk dan Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga ramai melihat Rejab sebagai
satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat
puasa.
Amalan terbaik di dalam Rejab ini
ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa pada Rejab
adalah seperti berikut:
- ·Puasa satu hari - Seperti berpuasa 40tahun
dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
- ·Puasa dua hari - mendapat kemuliaan
besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
- ·Puasa tiga hari - dijauhkan dugaan
dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
- ·Puasa empat hari - diselamatkan
daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
- · Puasa lima hari - aman dari azab
kubur.
- · Puasa enam hari - dibangkitkan dari
kubur dengan muka bercahaya.
- · Puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh
pintu neraka jahanam baginya.
- · Puasa lapan hari - Allah membuka
lapan pintu syurga baginya.
- · Puasa sembilan hari – keluar dari
kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari
memasuki syurga.
- · Puasa 10 hari - Allah memperkenankan
semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul
Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat
di titian Siratul Mustaqim.
- · Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata
bahawafadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
- · Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata
bahawafadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
- ·Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua
dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan
kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
- ·Puasa 16 hari - dapat melihat wajah
Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
- · Puasa 19 hari - Di bina sebuah
mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
- ·Puasa 20 hari - Allah baik dengan
baki umurnya. Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada
malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar
setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat
ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan
ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika
melalui titian Siratul Mustaqim.
- ·Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk
dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah
seumpama puasa 1,000 tahun.
SUMBER : www.ppdjasin.edu.my